Laman Rasmi -Mohd Fauzi Nordin
DI MANA HILANGNYA SENYUMANMU
Di mana Hilangnya Senyumanmu
Dari sebuah jendela
Anak sekolah merenung sayu
Sekolahnya yang tertutup rapat
Bilakah dapat kembali kesekolah
Di hadapan pagar
Seorang ayah dengan motosikal
Termenung berfikir
Di manakah dapat di cari hari ini
Untuk meletak makanan di atas meja
Sedangkan di dapor
Seorang Ibu melihat sepi
Gerobok kayu tempat simpanan makanan
Telah kosong tidak berisi
Nun jauh di seberang sana
Tiada lagi kedengaran
Bunyi kebisingan kilang industri
Yang telah lama tidak berpenghuni
Dahulu daerah ini kaya raya
Senyuman warga disana sini
Wabak ini datang bagaikan tsunami
Meranap kilang menghilang mata pencarian
Tiada lagi senyumanmu
Bila perkara asas sudah jauh dari genggaman
Laungan bangkit berbunyi disegenap sudut
Numun, bangkit kemana, bangkit bagaimana
Hilangnya senyuman mu
Bila wabak ini mengganas
Satu demi satu mereka gugur
Meninggalkan lompongan tugas tidak terisi
Melopak sedih melobang kegelapan.
Di mana hilangnya senyuman mu
Hilang di terowong gelap
Menanti dan mencari sinar
Di penghujung kegelapan...
Fauzi Nordin
28 Jun 2021