Laman Rasmi -Mohd Fauzi Nordin
THE PERSON IS NEVER A PROBLEM
Pada hari Isnin 29 Julai 2013, sekitar jam 9.00 pagi, saya ke Stesyen Minyak untuk mengisi petrol sebelum saya menuju ke 2 temujanji di Shah Alam dan Puchong. Selepas membayar di kaunter, saya di beri sebotol air mineral kerana membeli petrol melebihi RM40.00. Semasa saya berjalan menuju ke kereta untuk mengepam minyak, seorang lelaki Islam yang sedang mengepam minyak menegur saya dengan berkata “Minum dalam kereta pun, Tuhan Nampak”. Oh, dia berada di frame pemikiran: menyangka saya tidak berpuasa. Saya membuat keputusan untuk menukar frame pemikirannya dan saya berkata: “free tuan (sambil mengangkat menunjukkan botol air mineral), beli minyak lebih RM40.00 dapat percuma air.” Lelaki berkenaan segera berkata kepada saya “ macam mana saya tak dapat pun?” dan saya berkata “minta kat kaunter”.
Saya berjaya menukar frame pemikirannya.
Oleh itu, The frame is the problem. The problem is the frame. The person is never the problem.