Friday, January 24, 2025
Text Size
Challenge Your Limit
Conquer Your Fear
Concentrate Your Mind
ArrowArrow
ArrowArrow
Shadow
Slider

Laman Rasmi -Mohd Fauzi Nordin

distressed girlSaya berdepan dengan satu kes berkenaan seorang wanita yang bercelaru pemikirannya apabila suaminya meninggal dunia kira-kira 8 bulan yang lalu. Di dalam pertemuan yang pertama saya hanya mendengar ceritanya sahaja. Saya mendapati beliau banyak menggunakan bahasa kabur dan moving away seperti “ hidup ini sudah tidak bermakna, susah, sunyi, tak tahu apa yang hendak dibuat, tension dan lain-lain lagi.

Pada pertemuan yang pertama saya tidak membuat intervensi kerana kesuntukan masa, lalu saya mengatur pertemuan yang kedua. Di pertemuan kedua, beliau masih bercerita dengan cara yang sama. Saya mula mengajak beliau bercakap di dalam bahasa yang spesifik. Apabila beliau berkata” hidup ini tidak bermakna”, saya bertanya “apa maksud kamu?” Beberapa kali beliau mengelak menjawab dengan tepat. Akhirnya beliau bersetuju bahawa ‘ tidak ada makna’ bermaksud ketiadaan suami. Seterusnya saya bertanya secara spesifik, ‘bagaimana walaupun ketiadaan suami, anda boleh gembira?’ beri saya 5 cara untuk gembira walaupun suami sudah tiada’. Beliau Berjaya menyenaraikan 5 perkara, walupun sedikit mengambil masa. Saya kemudian meminta beliau secara spesifik menyenaraikan 3 sub-topic pada setiap 5 perkara tersebut. Contonya:

  1. Ketiadaan suami membolehkan saya pergi kemana-mana tanpa halangan dan tanpa perlu mendapat kebenaran sesiapa.
    1) Untuk berada lebih lama di premis perniagaan saya.
    2) Bercuti, berjalan-jalan bersama anak-anak yang menjadi hobi saya.
    3) Berjumpa rakan-rakan perniagaan pada hari minggu dan pada waktu malam tanpa sekatan.
     
  2. Ketiadaan suami membolehkan saya online pada setiap masa samada melalui laptop dan handphone tanpa ragu-ragu.
    1) Saya boleh update facebook
    2) Saya boleh chatting
    3) Saya boleh mancari kenalan-kenalan baru dari seluruh dunia.
     
  3. Ketiadaan suami, saya lebih banyak masa untuk diri saya.
    1) Saya tidak perlu menemani suami kemana-mana lagi
    2) Saya boleh tidur dan bangun tidur pada bila-bila masa yang saya suka.
    3) Saya tidak perlu mengurus makan dan minum serta pakaian suami saya lagi.

    (Di atas adalah 3 dari 5 perkara yang dibincangkan)

    Begitu juga apabila beliau berkata beliau susah, saya bertanya ‘apa maksud susah kepada kamu’, beliau mengambil masa yang agak lama untuk menjawab. Akhirnya, beliau akui bahawa beliau tidak susah kerana:

    1) Beliau mempunyai kewangan yang kukuh.
    2) Beliau hanya tiada suami sebagai teman tetapi ada anak-anak yang lebih friendly dari late husband nya.
    3) Beliau dapat sokongan yang baik dari keluarganya terutama abang iparnya yang amat mengambil berat.

     
  4. Apabila ditanya apa maksud sunyi kepada beliau, beliau enggan menjawab. (Saya mengandaikan mungkin maksudnya dalam hubungan suami-isteri). Seterusnya, saya bertanya ‘adakah beliau jumpa sebarang cara bagi mengubati kesunyaian tersebut?’ Beliau berkata ‘ ya, saya ada beberapa cara’. Saya terus menukar ke topic yang lain kerana saya tahu secara specific, beliau tahu apa yang ingin beliau lakukan. (saya tidak perlu bertanya dan mengetahuinya).
     
  5. Seterusnya saya mendapati perkara-perkara lain yang beliau hadapi seperti ‘tidak tahu apa nak buat’ dan ‘tension’ serta lain-lain lagi hilang dari percakapan beliau. Saya tahu beliau sudah mula memberi definisi yang jelas akan apa yang sebenarnya beliau hadapi.

KESIMPULAN

  • Saya mengajaknya bercakap di dalam bahasa yang spesifik
  • Saya melontar soalan yang bercorak moving toward
  • Saya buat dia jadiakan seorang yang prosedur dengan cara meminta beliau menyenaraikan 5 dan 3 perkara.
  • Saya hanya bercakap berkenaan beliau, iaitu internal.
  • Saya mencari kreteria beliau dan bercakap hanya kreteria beliau. Ada kalanya saya meminta tanpa beliau disedari menukar kreteria beliau dari yang negative kepada positif.
  • Saya akhiri dialog saya dengan beliau dengan satu metafora:
    Hidup ini adalah seperti memandu kereta. Bila memandukereta, kita melihat cermin depan yang besar lebih banyak dari cermin kecil pandang belakang. Begitulah kehidupan kita, kita perlu memandang kehadapan dengan lebih banyak dari memandang kebelakang.

Sign Up for FREE Newsletter

Get all the latest news, seminar and our latest programmes straight to your Inbox with the new HR Newsletter service.