Di mana Hilangnya Senyumanmu
Dari sebuah jendela
Anak sekolah merenung sayu
Sekolahnya yang tertutup rapat
Bilakah dapat kembali kesekolah
Di hadapan pagar
Seorang ayah dengan motosikal
Termenung berfikir
Di manakah dapat di cari hari ini
Untuk meletak makanan di atas meja
Sedangkan di dapor
Seorang Ibu melihat sepi
Gerobok kayu tempat simpanan makanan
Telah kosong tidak berisi
Nun jauh di seberang sana
Tiada lagi kedengaran
Bunyi kebisingan kilang industri
Yang telah lama tidak berpenghuni
Dahulu daerah ini kaya raya
Senyuman warga disana sini
Wabak ini datang bagaikan tsunami
Meranap kilang menghilang mata pencarian
Tiada lagi senyumanmu
Bila perkara asas sudah jauh dari genggaman
Laungan bangkit berbunyi disegenap sudut
Numun, bangkit kemana, bangkit bagaimana
Hilangnya senyuman mu
Bila wabak ini mengganas
Satu demi satu mereka gugur
Meninggalkan lompongan tugas tidak terisi
Melopak sedih melobang kegelapan.
Di mana hilangnya senyuman mu
Hilang di terowong gelap
Menanti dan mencari sinar
Di penghujung kegelapan...
Fauzi Nordin
28 Jun 2021
Kursus Secara Online atau di atas Talian
9 & 10 Disember 2020 | 9.00 am - 1.00 pm | Platform: Zoom
Bonus: Nota Pdf dan Buku Akta Kerja 1955
Semua majikan dan Pengurus, Eksekutif serta staf Pengurusan Sumber Manusia perlu mendalami Akta Kerja 1955 dan Peraturan-peraturannya. Ini merupakan asas di dalam mengurus dan mentadbir warga kerja. Di sinilah bermulanya amalan-amalan terbaik Pengurusan Sumber Manusia.
Kegagalan memahami dan mengimplementasi Akta Keja 1955 yang merupakan salah satu dari Undang-undang Buruh Malaysia (Labour Laws) akan memberi kesan yang besar kepada Syarikat / Perniagaan terutamanya tindakan undang-undang samada oleh pekerja atau Jabatan Tenaga Kerja / Mahkamah Tenaga Kerja.
Kursus ini memberi penekanan akan perlaksanaan Akta Kerja 1955 di tempat kerja.
Untuk maklumat lanjut, sila klik : Online Akta Kerja 1955
Perniagaan, usahawan dan jualan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Tujuan sesebuah perniagaan ialah untuk menjual barang-barang atau perkhidmatan. Hasil dari jualan itulah yang memberi keuntungan kepada seseorang peniaga itu. Namun, seringkali menjual adalah kesukaran yang dihadapi oleh mana-mana peniaga. Terdapat pelbagai teknik di dalam menjual. Antaranya ialah teknik hitam atau putih (black or white).
Apabila seseorang memasuki kedai anda dan mula menunjukkan minat untuk membeli (hanya minat sahaja), maka anda bolehlah berkomunikasi yang mengandaikan bahawa pelanggan itu sudah membuat keputusan untuk membeli. Anda boleh berkata seperti:
"Tuan / Cik Puan mahukan yang biru atau yang merah."
"Abang / Adik mahukan package 3 tin atau package 6 tin."
"Cik Adik nak yang besar atau yang kecil."
"Kakak nak saya saya bungkuskan atau tidak perlu dibungkus."
Kata-kata sebegini ialah mengandaikan bahawa pelanggan sudah membuat keputusan untuk membeli. Jangan bertanya "Tuan / Cik Puan jadi atau tidak nak beli barang ni/". Sebaliknya gunakanlah teknik hitam atau putih yang membantu pelanggan membuat keputusan untuk membeli.
Selamat Mencuba.
Hubungi kami untuk mempelajari lebih 20 cara berkomunikasi untuk jualan kepada pelanggan yang ternyata berkesan. Kursus atau Latihan boleh di buat di mana sahaja yang sesuai dengan keselesaan anda. Segala-galanya ada dalam psychology menjual cara Neuro Linguistic Programming.
RASIONAL
Menjual dikatakan sebagai satu profession yang tertua di dunia. Hari ini ianya masaih lagi relevan tidak kira menjual di atas talian atau menjual secara bersemuka. Dunia perniagaan tidak dapat melarikan diri dari menjual. Sebagai Jurujual, seseorang itu perlu mempunyai ilmu dan kemahiran untuk menjual dengan baik.
Salah satu teknik menjual adalah dengan menggunakan teknik-teknik yang terdapat di dalam NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP). Ianya merupakan satu teknik yang mudah dan boleh dipelajari.
Kursus 2 hari ini akan memberi penekanan terhadap pelbagai gaya dan teknik di dalam menjual dengan NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)
ISIKANDUNGAN KURSUS
1. Memahami Proses Jualan
2. Meningkatkan Keyakinan Pencapaian Matlamat dengan Model Hasil Pencapain Terbaik
3. Strategi Membina Hubungan dalam Menjual
4. Ayat-ayat yang Mempengaruhi
5. Bagimana Orang Membuat Keputusan Untuk Membeli
6. Bagaimana membuat Closing yang Berjaya
7. Membuat Follow up untuk jualan dan jualan lagi.
Untuk mendapat maklumat lanjut atau untuk menghadiri kursus ini, sila hubungi 019-397 0002 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
COVID 19 yang menyerang seluruh dunia pada awal November 2019 sehingga sekarang (November 2020), telah lebih 12 bulan, tidak menampakkan ianya akan surut dan susut. Hanya perbezaan dari segi PKP telah bertukar menjadi PKPP dan juga PKPB. Di sesetengah tempat ianya telah bertukar menjadi PKPD untuk sesuatu tempoh.
Pada situasi ini kita perlu lebih fleksibel untuk memastikan kesinambungan untuk terus meletakkan "makanan diatas meja" terutama apabila bekerja dari rumah bukanlah pilihan kepada mereka dan tanpa bekerja bererti tiada gaji. Untuk mereka yang tidak terjejas pendapatan dan terus menerima gaji biasa, COVID 19 mungkin satu hikmah kepada mereka kerana turut mendapat bantuan dan kemudahan. Antaranya bantuan khas kerana COVID 19 dan juga moratorium.
Bagi yang terkesan, perlunya untuk terus berfleksibel untuk meraih pendapatan demi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pada hari ini, pilot kapalterbang telahpun menjadi pemandu bas dan pembawa e-hailing (Grab). Tiada apa yang harus dimalukan, demi untuk meletakan "makanan diatas meja".
Muga kita terus konsisten dan fleksibel dalam tindakan kita. Seperti kata Bruce Lee - "be water my friend".
CS HRM Services
200703036314 (NS0025130-X)
22M, Jalan Kosas 1/5,
Taman Kosas,
68000 Ampang, Selangor.
Tel : 603- 42800 398
Fax : 603- 20502 798
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.