Thursday, April 18, 2024
Text Size
Challenge Your Limit
Conquer Your Fear
Concentrate Your Mind
ArrowArrow
ArrowArrow
Shadow
Slider

Laman Rasmi -Mohd Fauzi Nordin

MENJUAL DENGAN NLP - Teknik Hitam atau Putih

Perniagaan, usahawan dan jualan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Tujuan sesebuah perniagaan ialah untuk menjual barang-barang atau perkhidmatan. Hasil dari jualan itulah yang memberi keuntungan kepada seseorang peniaga itu. Namun, seringkali menjual adalah kesukaran yang dihadapi oleh mana-mana peniaga. Terdapat pelbagai teknik di dalam menjual. Antaranya ialah teknik hitam atau putih (black or white).

Apabila seseorang memasuki kedai anda dan mula menunjukkan minat untuk membeli (hanya minat sahaja), maka anda bolehlah berkomunikasi yang mengandaikan bahawa pelanggan itu sudah membuat keputusan untuk membeli. Anda boleh berkata seperti:

"Tuan / Cik Puan mahukan yang biru atau yang merah."

"Abang / Adik mahukan package 3 tin atau package 6 tin."

"Cik Adik nak yang besar atau yang kecil."

"Kakak nak saya saya bungkuskan atau tidak perlu dibungkus."

Kata-kata sebegini ialah mengandaikan bahawa pelanggan sudah membuat keputusan untuk membeli. Jangan bertanya "Tuan / Cik Puan jadi atau tidak nak beli barang ni/". Sebaliknya gunakanlah teknik hitam atau putih yang membantu pelanggan membuat keputusan untuk membeli.

Selamat Mencuba.

Hubungi kami untuk mempelajari lebih 20 cara berkomunikasi untuk jualan kepada pelanggan yang ternyata berkesan. Kursus atau Latihan boleh di buat di mana sahaja yang sesuai dengan keselesaan anda. Segala-galanya ada dalam psychology menjual cara Neuro Linguistic Programming. 

Black and White

 

Sign Up for FREE Newsletter

Get all the latest news, seminar and our latest programmes straight to your Inbox with the new HR Newsletter service.