Laman Rasmi -Mohd Fauzi Nordin
COVID 19 & PKPP / PKPB
COVID 19 yang menyerang seluruh dunia pada awal November 2019 sehingga sekarang (November 2020), telah lebih 12 bulan, tidak menampakkan ianya akan surut dan susut. Hanya perbezaan dari segi PKP telah bertukar menjadi PKPP dan juga PKPB. Di sesetengah tempat ianya telah bertukar menjadi PKPD untuk sesuatu tempoh.
Pada situasi ini kita perlu lebih fleksibel untuk memastikan kesinambungan untuk terus meletakkan "makanan diatas meja" terutama apabila bekerja dari rumah bukanlah pilihan kepada mereka dan tanpa bekerja bererti tiada gaji. Untuk mereka yang tidak terjejas pendapatan dan terus menerima gaji biasa, COVID 19 mungkin satu hikmah kepada mereka kerana turut mendapat bantuan dan kemudahan. Antaranya bantuan khas kerana COVID 19 dan juga moratorium.
Bagi yang terkesan, perlunya untuk terus berfleksibel untuk meraih pendapatan demi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pada hari ini, pilot kapalterbang telahpun menjadi pemandu bas dan pembawa e-hailing (Grab). Tiada apa yang harus dimalukan, demi untuk meletakan "makanan diatas meja".
Muga kita terus konsisten dan fleksibel dalam tindakan kita. Seperti kata Bruce Lee - "be water my friend".