Anda adalah pemimpin kepada diri anda. Tiada siapa yang akan memimpin diri anda secara keseluruhannya, kecuali diri anda sendiri. Sebagaimana kompleknya anda memimpin diri orang lain, begitulah kompleknya anda memimpin diri anda. Ada yang berjaya memimpin diri sendiri dan ada yang gagal.... kegagalan memimpin diri sendiri dapat di lihat dari tahap stress seseorang yang berterusan, berada di dalam kemurungan dan yang lebih teruk adalah apabila seseorang itu ingin merosakkan dirinya sendiri. Pelajarilah cara-cara menguasai Kepimpinan Diri...
Pada hari Isnin 29 Julai 2013, sekitar jam 9.00 pagi, saya ke Stesyen Minyak untuk mengisi petrol sebelum saya menuju ke 2 temujanji di Shah Alam dan Puchong. Selepas membayar di kaunter, saya di beri sebotol air mineral kerana membeli petrol melebihi RM40.00. Semasa saya berjalan menuju ke kereta untuk mengepam minyak, seorang lelaki Islam yang sedang mengepam minyak menegur saya dengan berkata “Minum dalam kereta pun, Tuhan Nampak”. Oh, dia berada di frame pemikiran: menyangka saya tidak berpuasa. Saya membuat keputusan untuk menukar frame pemikirannya dan saya berkata: “free tuan (sambil mengangkat menunjukkan botol air mineral), beli minyak lebih RM40.00 dapat percuma air.” Lelaki berkenaan segera berkata kepada saya “ macam mana saya tak dapat pun?” dan saya berkata “minta kat kaunter”.
Saya berjaya menukar frame pemikirannya.
Oleh itu, The frame is the problem. The problem is the frame. The person is never the problem.
Saya berdepan dengan satu kes berkenaan seorang wanita yang bercelaru pemikirannya apabila suaminya meninggal dunia kira-kira 8 bulan yang lalu. Di dalam pertemuan yang pertama saya hanya mendengar ceritanya sahaja. Saya mendapati beliau banyak menggunakan bahasa kabur dan moving away seperti “ hidup ini sudah tidak bermakna, susah, sunyi, tak tahu apa yang hendak dibuat, tension dan lain-lain lagi.
Kita tidak boleh tidak berkomunikasi. Ini adalah andaian di dalam NLP yang terbukti akan kehebatannya. Selagi kita berada di dalam keadaan sedar, kita tidak berhenti-henti berkomunikasi. Di dalam konteks ini kita bukan sahaja berkomunikasi apabila ada seseorang atau lebih mengeluarkan perkataan-perkataan kepada kita. Kita juga berkomunikasi apabila kita bersendirian. Setiap benda yang di capai oleh mata penglihatan kita, kita akan memberi makna dan makna itu adalah satu komunikasi. Bukan sahaja mata, setiap bunyi yang masuk ke telinga kita, setiap sentuhan yang menyentuh tubuh badan kita, setiap bau yang masuk ke hidung kita dan rasa ke lidah kita, kita akan memberi makna. Ini bermaksud kita berkomunikasi dengan diri kita. Begitu juga dengan perasaan kita. Apa yang kita rasa adalah satu bentuk komunikasi terhadap diri kita
CS HRM Services
200703036314 (NS0025130-X)
22M, Jalan Kosas 1/5,
Taman Kosas,
68000 Ampang, Selangor.
Tel : 603- 42800 398
Fax : 603- 20502 798
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.