Saturday, December 16, 2017
Text Size

Latar Belakang Peribadi

Mohd Fauzi Nordin

fauzi-3Mohd Fauzi Nordin (Fauzi Nordin) dilahirkan di Kampong Permatang Raja, Panchor, Pantai Remis, Perak Darul Ridzwan pada 11 Julai 1965. Beliau adalah anak seorang nelayan dan petani merupakan anak keempat dari lima orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Panchur, Pantai Remis, Perak sehingga darjah empat. Seterusnya beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ampang, Selangor, mengikuti keluarganya berhijrah kesana.

Seterusnya beliau meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Maxwell, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur sehinggalah di tingkatan lima.

LATAR BELAKANG PEKERJAAN

  • group-photoMemulakan kerjaya di dalam Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan seterusnya di Lembaga Lebuhraya Malaysia.
  • Setelah 3 tahun didalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia, Beliau memasuki Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) iaitu sebuah syarikat pengendali lebuhraya yang terbesar di Malaysia.
  • Berpengalaman bertugas sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah Lebuhraya yang tersibuk di Malaysia yang mempunyai lebih 200 pekerja dan 30 Penyelia di dalam operasi 24 jam sehari selama hampir 6 tahun.
  • Lima tahun yang terakhir beliau bertugas di Jabatan Sumber Manusia sebagai Ketua Unit yang mengendalikan pelbagai fungsi seperti Latihan untuk pekerja, disiplin, kebajikan pekerja , Keselamatan dan kesihatan pekerja serta terlibat secara langsung dalam membangunkan organisasi didalam pelbagai aspek dan program.
  • Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Kumpulan Pentadbiran dan Sumber Manusia di salah sebuah syarikat pembinaan.

group-photo2

Fauzi awardedPENGALAMAN

  • Beliau Berpengalaman mengendalikan lebih 1000 kes-kes disiplin termasuklah kes-kes pembuangan kerja. Tugas-tugas beliau di dalam menjaga disiplin kakitangan
  • bermula dari memberi kaunseling, melakukan penyiasatan, menjadi pegawai pendakwa / pegawai pembentang di dalam sessi Siasatan Dalaman Disiplin (Domestic Inquiry) dan seterusnya mewakili majikannya di dalam kes-kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Buruh.
  • Apabila kes-kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Buruh, En. Mohd Fauzi Nordin juga diberi tanggungjawab bagi mewakili majikannya. Setakat hari ini beliau telah memastikan majikannya berjaya di dalam hampir kesemua kes pembuangan kerja yang dirujuk samada di Mahkamah Perusahaan atau Mahkamah Buruh. En. Mohd Fauzi Nordin juga terlibat sebagai perunding dan setiausaha di dalam rundingan Perjanjian Bersama dengan Kesatuan Sekerja. Beliau berpengetahuan luas di dalam Pengurusan Sumber Manusia termasuklah di dalam Perhubungan Perusahaan.dan kecenderungannya dalam bidang
  • Minat peningkatan produktiviti, beliau telah di pilih mewakili Malaysia ke Latihan Ergonomics selama 3 minggu anjuran kerajaan Jepun pada tahun 2003.
  • Dari segi latihan, Mohd Fauzi Nordin sering dikenali sebagai seorang tenaga pengajar yang praktikal, iaitu beliau sering mempermudahkan teori-teori pengurusan untuk di praktikkan dengan mudah dan berkesan.
Category: Fauzi

fauzi-4Mohd. Fauzi Nordin MBA

Principal Consultant / Learning Technologist

KELAYAKAN DI DALAM LATIHAN

  • Surat Pengecualian dari mengambil Certificate in Training (CIT) dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
  • Cerificate in Training Evaluation (CITE) dari Pembangunan Sumber Manusia Behad (PSMB)
  • Certificate IV in Training & Evaluation, Australia
  • Certified Trainer –Perkhidmatan Pelanggan Mesra Malaysia, Kementerian Pelancongan Malaysia
  • Certified Trainer, UBS Software, UBS

LATAR BELAKANG AKADEMIK

  • Master in Business Administration (MBA)
  • Bachelor in Business Administration (BBA)
  • Diploma in Personnel Management (DIPM)
  • Diploma in Public Administration (DPA)

Hunbungi En Fauzi

H/P : 019-397 0002

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.