PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PEMANDU KORPORAT | KURSUS INTENSIF 0 HARI |
RATIONAL
Pekerja-pekerja di dalam sesebuah organisasi berperanan untuk melaksanakan wawasan, misi dan objektif sesebuah organisasi itu. Tidak kira samada mereka memegang jawatan yang rendah ataupun memegang jawatan yang tinggi, mereka tetap mempunyai peranan yang sama iaitu memajukan organisasi. Kejayaan sesebuah organisasi itu amat bergantung kepada sikap pekerja-pekerja di dalam organisasi itu terhadap tugas mereka. Kursus ini memberi penekanan kepada sikap kerja positif pekerja-pekerja khususnya kepada Pemandu-pemandu Korporat di dalam melaksanakan tugas-tugas mereka supaya diri dan organisasi mencapai kecemerlangan.
OBJEKTIF
Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat:
- Mengetahui dan menyedari peranan mereka sebagai Pemandu Korporat.
- Mengetahui kepentingan sikap positif di dalam kerja dan mengaplikasi sikap-sikap murni itu di dalam diri mereka sebagai pekerja.
- Berkomunikasi dengan lebih berkesan dan mempunyai penggayaan diri atau imej peribadi yang professional.
- Bekerja di dalam pasukan yang kuat dan mantap serta dapat mengatur strategi untuk berjaya di dalam kerja.
- Mematuhi peraturan-peraturan jalanraya dan memandu dengan selamat.
- Panduan untuk mengelak dari kemalangan dan langkah-langkah yang perlu di ambil jika berlaku sesuatu kemalangan.
- Memberi sumbangan yang bermakna didalam memaju dan mencemerlangkan organisasi.
ISIKANDUNGAN KURSUS |
||
Modul 1 |
Pekerjan dan Organisasi |
|
Modul 2 |
Harapan Majikan |
|
Modul 3 |
Konsep dan keadaan kerja |
|
Modul 4 |
Membentuk peribadi positif di tempat kerja |
|
Modul 5 |
Komunikasi yang berkesan |
|
Modul 6 |
Penggayaan diri dan imej peribadi yang professional |
|
Modul 7 |
Peraturan Jalanraya |
|
Modul 8 |
Pemanduan Selamat & Mengurus Kemalangan |